BERSANGKA BAIK......
Apabila Allah Cepat Makbulkan doamu,
Maka Dia Menyayangimu........
Firman Allah SWT:
‘Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu
mengenai Aku maka...beritahulah mereka...
Sesungguhnya Aku sentiasa hampir... kepada
mereka... Aku perkenankan Orang yang
berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku.
Maka berimanlah kepada-Ku
Supaya mereka menjadi
baik serta betul’.
(al-Baqarah:186)
Apabila Dia Lambat Makbulkan Doamu,
Maka Dia Ingin Mengujimu...
Menurut al-Khatabi:
‘Jika Allah tidak menjawab doa seseorang, Dia
akan memberi kepadanya ketenangan dan
kelapangan dalam hati dan mengelakkan
dirinya daripada kecelakaan, atau
menggantikannya dengan
pahala’.
Menurut Hukamah:
“Manusia menyangka doa mereka tidak
dimakbulkan, Sedangkan sebenarnya ia
dimakbulkan melebihi apa yang
dipohon, atau ia menolak dengan
musibah atau penyakit lebih
banyak daripada apa yang
dipinta, atau diberikan
ganjaran pada hari
kiamat”.
Apabila Dia Tidak Makbulkan doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu yang Lebih Baik Untukmu....
Firman Allah SWT:
Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik
bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu
padahal ia buruk untuk kamu... dan ingatlah...
Allah jua yang Maha Mengetahui...
semua itu...sedangkan kamu
tidak mengetahuinya”.
(al-Baqarah: 216)
Oleh itu... Sentiasalah bersangka baik pada Allah...
Firman Allah SWT:
‘Aku bersama sangkaan hamba-Ku
terhadap-Ku, maka bersangka
tentang-Ku apa sahaja yang
kamu inginkan’
(Hadis Qudsi)
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home